Mei 31, 2016

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

Kali ke dua mengunjungi bumi Allah yang nyaman dan permai jauh dipergunungan Cameron Highlands. Perjalanan jauh dari Johor Bahru tidak terasa walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai ke destinasi.

Rezeki...

Kami semua amat bertuah kerana diberi peluang untuk menginap di Rumah Rehat Persekutuan Cameron Highlands. Bilik yang luas, selesa dan bersih dilengkapi dengan penghawa dingin dan water heater untuk mandi. 

Pakej bilik yang kami ambil harganya hanyalah RM 50 semalam tanpa breakfast. Memang berbaloi dan puas hati!





Dari balkoni bilik kami