Januari 25, 2016

Cameron Highland

Cintaku tertinggal di Cameron Highland


Destinasi percutian kami kali ini adalah di Cameron Highland. Ini merupakan trip pertama kami ke sana. Kami gerak dari Johor Bahru seawal jam 7.00 pagi. Sampai di Tapah lebih kurang jam 2.00 petang. Alhamdulillah, perjalanan lancar dengan pemanduan biasa 110 km/j kekadang tak perasan tertekan 140 km/jam. 7 jam perjalanan, Insya Allah 3 jam lagi sampai ke Brinchang. Hehehe...

Dah penat kerja, dah penat ke sekolah, sesekali kita kena recharge semula energy dengan pergi bercuti. Enjoy ur holiday!

Destinasi pertama : Air Terjun Lata Kijang, Tapah.
Kami singgah lebih kurang 1 jam menikmati panorama air terjun Lata Kijang, Tapah. Dari Exit Tapah nak ke sini lebih kurang 1 jam. Almaklumlah, setiap kali jumpa orang asli kami perlahankan kereta sambil menikmati pemandangan hutan. (alasan cover macho...) Lambat tak pe, asal selamat sampai. Kalau dah biasa laluan sini, barangkali 30 minit dah sampai. Air terjun di sini memang sejuk. Celup kaki pun jadiklah...










Jangan lupa, beli jagung rebus dan bunga teratai kat sini. Kita kena cuba makanan orang gunung...Jagungnya memang sedap dan manis!



Cameron Valley Tea
Sebelum sampai Tanah Rata, wajib singgah beberapa tempat menarik untuk minum teh. Waktu kami sampai, kabus tebal dan boleh dirasai kesejukannya. Ada beberapa lokasi minum teh dikawasan ini. Pilih sahaja yang berkenan di hati. Kami memilih Cameron Valley sebab tak ramai orang. Bolehlah kami merasai privacy lebih sikit kat sini.

Rugi kalau tak minum teh kalau ke Cameron Highland. Tek tariknya memang sedap! Marbeles!







Check In Hotel Chua Gin.
Kami Check In hotel bajet di Brinchang. Sebenarnya ada banyak pilihan hotel bajet di sini. Hotel Jasmine, Chua Gin, Rainbow, Hotel Sentosa. Kena rajin survey. Kami memilih Hotel Chua Gin, RM 198 untuk 1 bilik besar dan 1 connected room tanpa sarapan. Privacy sikit untuk ayah dan mama. Bilik di sini tak ada penyaman udara. Hanya ada kipas. Oleh kerana suhu malam itu 16 darjah celius, kipas pun kami tak berani buka. Hehehe...



Pasar Malam Brinchang
Wajib pergi kalau ke Brinchang, Cameron Highland. Belilah jagung rebus, strawberi coklat, madu lebah dan buah-buahan di sini. Semuanya fresh belaka. Buat yang terlupa nak bawa baju sejuk, bolehlah beli di sini...


RM 10 sebotol aje...




Time Tunnel Muzium
Bawalah anak-anak ke sini. Kebanyakan barang-barang tidak pernah dijumpai oleh anak-anak kita tetapi pernah kita gunakan masa dahulu berada di sini.





Next trip, Insya Allah bulan Mac 2016 nanti. Tak puas jalan sebab semasa kami pergi hari tu hujan sepanjang hari. Next trip nak singgah Lavender, Mardi Agro dan macam-macam lagi. Semoga dipermudahkan jalan kami ke sana...