April 05, 2015

Mersing Beach Resort

Cuti sekolah awal tahun, kami bercuti di Mersing Beach Resort,Air Papan, Mersing. Resort ini milik 100% bumiputera, orang Melayu kita. Kalau dari Bandar Mersing, hanya 11km jika mengikuti jalan pesisir pantai. Kali ni kami menempah bilik Deluxe dengan harga RM 180.00 semalam tanpa breakfast. Hanya ada nasi lemak 2 bungkus disangkutkan dipintu bilik pada waktu pagi untuk bersarapan. Tapi jangan risau sebab di tepi pantai ada banyak warung yang menjual sarapan pagi.

Keadaan bilik aku beri 3 bintang sahaja kerana keadaan bilik yang kurang sempurna. Pintu antara bilik sepatutnya dipasang pintu yang sesuai supaya bilik tersebut kedap bunyi. Ini tidak, bila orang sebelah kentut pun boleh dengar inikan pulak nak ehem-ehem. Hahaha!

Tetapi resort ini agak cantik dan santai. Kalau nak bercuti bersama keluarga ini adalah lokasi yang sesuai kerana sekitarnya sunyi dan tenang menghijau.






Kawasan belakang tu sedang dalam pembinaan






Jangan lupa singgah di Masjid Kg Tenglu tunaikan kewajipan pada yang Esa


Januari 05, 2015

Jalan-jalan @ Penang

Penang Trip 

Penginapan kali ini kami memilih Hotel UiTM Penang Bilik Standard. Rate staf RM80.00 aje semalam siap breakfast untuk 2 orang. Murah giler! Bilik luas, bersih, kemudahan pun lengkap siap dengan tab mandi. Puas hati sangat.



Toy Museum

Lokasi pertama kami kunjungi adalah Toy Museum. Harga tiket RM 15 Dewasa / RM 10 Kanak-kanak. Alamatnya di 1370, MK2 Telok Bahang, Penang. Pada aku tak de la best sangat. Tapi pada anak-anak, mereka sangat teruja melihat banyak anime yang mereka gemar depan mata.








Bukit Bendera

Kalau p Penang, tak singgah dan naik Bukit Bendera memang rugi. Tiket tak de la mahal sangat.
Kami anak beranak hanya RM 19.00 sahaja. Murah dan berbaloi rasanya untuk family trip.








Di puncak Bukit Bendera



Kapitan Keling

Kalau masuk pulau, singgah la Kapitan untuk bersolat. Masjid tertua di Penang. Pastu boleh makan Nasi Kandar yang banyak dijual disekitar Kapitan Keling. Kari dia memang power dan sedap. 2 pinggan nasi aku makan...