April 09, 2014

Comot : ku relakan kau pergi...

"Miow...miow...mama!"
Manja je bunyi Comot memanggil tuannya masih terngiang-ngiang ditelingga aku. Pelik tapi itulah kenyataannya. Kami anak beranak menjadi saksi.


Sebenarnya, Comot ni hadiah dari seorang kenalan ku yang sangat baik hati Rafidah Hanum dan suaminya Azroy. Puas aku mintak nak beli, tak diberinya. Entah macam mana di suatu hari terbuka hatinya untuk menghadiahkan kami sekeluarga dengan kucing Parsi yang sangat comel ini. 

"Free je sebagai tanda persahabatan." Katanya...



Hampir setahun lebih, aku membela Comot. Kucing ni  bijak dan toilet train. Kalau tak de pasir, memang tak membuang la jawabnya. Makanan kegemarannya adalah daging mentah. Pantang jumpa daging mentah, mesti licin dimakannya. Daging sekilo cuma bertahan 3-4 hari sahaja. Memang kuat makan...


Suatu malam, Comot telah melarikan diri. Aku faham naluri kejantanannya telah membuak-buak. Dia ingin bebas dan tak mahu terkurung dalam rumah. Ngiau...ngiau...lain macam bunyinya seperti mahu mengawan. Dia keluar mencari pasangan barang kali. Lokasi selalu dia ziarah adalah rumah Pak Mahad, cikgu memandu yang juga jiran aku. Maklumlah rumah dia juga ada beberapa ekor kucing...

Hampir seminggu dia tak balik. Akhirnya aku mendapat perkhabaran, Comot telah dilanggar kereta. Betapa sedihnya hati aku. Orang yang melanggarnya jiran aku juga. Dia telah menghantar Comot ke Klinik Veterinar. Hampir sebulan Comot dirawat di Klinik Veterinar. Kedua matanya telah buta. Manakala rahangnya dipasang besi. Lukanya telah sembuh tetapi kecederaan dalaman telah membuatkan Comot tidak boleh makan dan minum. Lidahnya terjelir setiap masa. Kami terpaksa membantunya makan dengan mengunakan tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Hampir seminggu kami menjaganya di rumah. Sangat kasihan melihat keadaannya. Akhirnya aku merujuk kepada beberapa orang ustaz. Bertanyakan sekiranya boleh aku mempercepatkan kematiannya. Mengikut hukum, membunuh binatang yang sedang sengsara sakit dan tidak boleh sembuh hukumnya "Harus" dan dibolehkan.

4 April 2014 (Jumaat), akhirnya tamatlah riwayat hidup Comot. Kami telah membawanya sekali lagi ke klinik Veterinar untuk diberikan suntikan PTS (Put to sleep). 

Maafkan aku Comot...

 




Merawat Comot yang luka digigit kucing lain